Mahkamah buruh mengeluarkan saman perintah untuk pihak syarikat membayar kepada pengadu

Sg Petani, Kedah. Dua kes tuntutan pembayaran gaji tidak betul telah di fail keatas 1 syarikat pengawal keselamatan. Satu kes bertarikh 10.8.22 selesai dgn perbincangan diantara pengadu diwakili saudara Maznan dr JPKK / Uni Mlc bersama defendan mendpt persetujuan kedua dua pihak di hadapan pegawai tenaga kerja. Defendan diarah membayar kepada pengadu sprt surat saman perintah yg telah dikeluarkan. Hari ini 29.12.22 satu kes lagi telah selesai keatas defendan yg sama tetapi pihak syarikat tidak hadir.

Pihak Syarikat ini tidak memberi kerjasama pd kes ini sepanjang tarikh perjumpaan di peringkat awal perbincangan langsung tidak hadir mengikut tarikh yg telah dikeluarkan oleh pihak JTK sehinggalah ke tarikh akhir perbicaraan hari ini. Oleh itu pihak mahkamah buruh telah mengeluarkan saman perintah utk pihak syarikat membayar kepada pengadu seperti surat perintah yg telah dikeluarkan.

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!