𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐉𝐔𝐆𝐀 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐈𝐍𝐈? 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐒𝐈𝐀𝐏

Baru-baru ini, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerima laporan tentang kehilangan pekerjaan dalam kalangan pengawal keselamatan.

Pada 30 September 2024, kebanyakan kontrak kawalan keselamatan di sekolah-sekolah telah berakhir dan beralih kepada syarikat baharu. Malangnya, pengawal keselamatan yang bekerja di bawah syarikat sebelumnya tidak diserap oleh syarikat baharu yang menerima kontrak. Sebaliknya, syarikat tersebut membawa masuk pengawal keselamatan mereka sendiri dan mengeluarkan pekerja yang sedia ada.

Selain itu, terdapat situasi di mana syarikat baharu menggantikan pekerja lama dengan pekerja asing.
Adakah anda juga tidak diserap semula dalam kontrak baru? Hubungi SiAP sekarang!

Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen ini
https://chng.it/ykq2b8WKKG

Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.
Daftar diri anda di:
https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!