𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫, 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐫𝐨𝐛𝐨𝐡, 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐬 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧!
Sejak 10 November lalu, penduduk 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠 berdepan pengusiran paksa apabila rumah mereka yang masih didiami dirobohkan secara paksa oleh pihak pemaju dengan bantuan polis. Tindakan ini jelas 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫 𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 yang telah menegaskan bahawa hanya rumah kosong boleh dirobohkan.
Hari ini pula, pimpinan dan aktivis 𝐏𝐒𝐌 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 Sivaranjani Manickam, 𝐒𝐨𝐡 𝐒𝐨𝐨𝐤 𝐇𝐰𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚, bersama penduduk yang cuba mempertahankan kampung mereka, telah ditahan. Penahanan ini tidak sah dan satu bentuk penindasan terhadap rakyat yang menuntut keadilan.
𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 Parti Sosialis Malaysia 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐩𝐚𝐧 dalam menentang pengusiran paksa serta kezaliman terhadap rakyat miskin bandar. Rumah adalah hak rakyat, bukan barang untuk dirampas sesuka hati!

