Mahkamah Rayuan Merujuk Kes Pemandu Lori kepada Mahkamah Seksyen untuk Membolehkan Perbicaraan Penuh Diadakan

Hari ini mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk merujuk kes pemandu lori yang dianiyayai dari dibayar EPF balik kepada Mahkamah Seksyen untuk membolehkan satu perbicaraan penuh diadakan. Peguam untuk Towkey adalah Bekas Pengerusi Majlis Peguam manakala Peguam yang membuat kes secara probono untuk para pemandu lori adalah Sdr New Sin Yew. Kes ini penting kerana ia mendedahkan bagaimana banyak Syarikat menggunakan pintu belakang untuk tidak membayar EPF dan berselindung dibelakang ayat-ayat teknikal yang mengelirukan. Keputusan mahkamah Rayuan hari ini yang tidak membuat sebarang keputusan memihak kepada mana-mana pihak tetapi meminta kes didengar semula akan melanjutkan penderitaan pemandu-pemandu lori ini. Namun demikian – Maniam yang menjadi pendukung utama kempen ini berazam untuk terus lawan. PSM akan sentiasa bersama pihak yang menjadi mangsa penipuan golongan majikan.

Related

𝟑 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 (𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍𝐄𝐑𝐒) 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍

Tiga pekerja pembersihan sekolah dari Kedah yang telah dibuang kerja akibat sistem kontrak (fixed term) yang tamat pada 31 Disember 2021 telah memfailkan kes di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang, namun tuntutan mereka telah ditolak. Ketiga-tiga pekerja tersebut kini mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi, dan perbicaraan dijadualkan pada 20 November 2025 di Mahkamah Tinggi Pulau […]