Isu Sistem Kontrak & Frontliner Dibawa ke Kepimpinan DAP

ISU SISTEM KONTRAK & FRONTLINER DIBAWA KE KEPIMPINAN DAP

Tengahari semalam, sebelum PKP 2.0 bermula, JPKK sempat bermesyuarat dengan YB Senator Liew Chin Tong , bekas ahli parlimen Kluang & bekas Timbalan Menteri Pertahanan, dan juga Howard Lee Chuan How 李存孝 , Ketua Pemuda DAP & Ahli DUN Pasir Pinji, untuk mendapatkan sokongan mereka terhadap kempen penyerapan ‘frontliner’ terabai (cleaner, pengawal, tukang kebun) sebagai pekerja tetap kerajaan. JPKK juga berjaya mendapatkan sokongan Pemuda DAP untuk memorandum kempen.

Ayuh bantu frontliner terabai dengan menandatangani petisyen online di LINK INI https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner

Sekiranya ada masalah di tempat kerja, sila hubungi Sistem Aduan Pekerja (SiAP) di 011-10767989

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, kajian & perjuangan JPKK bersama pekerja, sila layari laman web sementara kami di https://jpkk.carrd.co/

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]