Selamat Hari Natal untuk Semua Kaum Pekerja

JPKK ingin mengucapkan salam hari Natal / Krismas kepada semua kaum pekerja yang meraikan perayaan ini. Semoga musim perayaan ini dipenuhi kegembiraan buat rakan seperjuangan JPKK walau dimana jua anda berada.

Diharapkan perayaan ini juga tidak membuatkan kita lupa akan nasib frontliner tercicir di hospital & sekolah, dan gunakan kesempatan ini untuk berbual dengan ahli keluarga & rakan-rakan mengenai nasib pekerja-pekerja ini dibawah sistem kontrak, selain mengajak mereka menandatangi petisyen sokongan online kempen LINK DI BIO

Jika ada ahli keluarga & rakan yang mengalami masalah di tempat kerja, sila hubungi Sistem Aduan Pekerja (SiAP) di 011-10767989 untuk mendapatkan khidmat nasihat dari JPKK.

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!