Kemana pergi KDN, Buruh dan Menteri Bela?

Rata-rata pekerja kontrak di premis kerajaan sedang ditindas oleh Syarikat Kontraktor.

Hampir 80% pekerja kontrak khususnya pengawal keselamatan ditipu oleh Syarikat Kawalan Keselamatan.

Antara penipuan yang dilakukan pihak kontraktor;

1. Kerja 31 Hari tanpa cuti rehat -12 jam sehari.

2. Gaji lum-sum tanpa mengikut Akta Kerja.

3. Penipuan dalam pengiraan Gaji OT

4. Tiada caruman KWSP, PERKESO DAN SIP.

5. Minta pekerja cari ganti bila mahu ambil cuti.

Kemana suara menteri-menteri? KDN, dan Jabatan Tenaga Kerja. Adakah muncul sewaktu mengundi? Semua membisu apabila pekerja kontrak dibuli!

Mereka tidak peduli? JPKK peduli!

Ayuh! Hubungi SiAP di talian Hotline kami di talian: kita perlu lawan bersama-sama

🔊 011 1076 7989

https://fb.watch/gn3hgIRBDm/

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]