MESYUARAT NASIONAL JARINGAN PEKERJA KONTRAK KERAJAAN (JPKK) SECARA BERSEMUKA

Mesyuarat nasional secara bersemuka telah diadakan pada 20 0gos 2023 dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di Hotel Sunrise Petaling Jaya.

Pelbagai agenda yang informatif telah dijalankan dengan cemerlang! Ini merupakan inisiatif yang hebat untuk pemajuan ilmu, kerjasama dan gerakan.

Agenda yang dijalankan pada hari tersebut ialah:

1. Sesi penerangan mengenai sistem kontrak & perjuangan pekerja oleh saudara Choon Kai

2. Sesi penerangan pengurusan kes & pengendalian talian Sistem Aduan Pekerja (SiAP) oleh saudari Sivaranjani Manickam

3. Sesi penerangan cara membina JPKK Negeri oleh saudara Babu

4. Sesi penerangan peranan media sosial oleh saudari Santhia

#jaringanpekerjakontrakkerajaan
#JaminanKerjaHakSemua
#PengawalKeselamatan
#pembersih
#PEKERJAKONTRAK

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]