Aktiviti Terkini

𝐌𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐇𝐔 𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈

Pada 5 Oktober 2023, rundingan damai di Jabatan Tenaga Kerja Sungai Petani, Kedah tidak berlangsung disebabkan wakil syarikat sekuriti memaklumkan bahawa mereka ingin terus masuk bicara ke Mahkamah Buruh. Pekerja-pekerja telah diwakili oleh koordinator JPKK Kedah Dsm Ilanan @followers Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PengawalKeselamatan#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja#Mahkamah

𝐊𝐞𝐬 𝐃𝐢𝐫𝐮𝐣𝐮𝐤 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠

Kes tuntutan 4 pekerja pembersih di Kolej Komuniti Bagan Serai telah dirujuk ke Mahkamah Buruh Taiping disebabkan tidak dapat satu penyelesaian pada 4 Oktober 2023. Dalam perjalanan kes ini, mereka telah dapat peluang untuk memahami tentang JPKK dan berminat untuk menjadi ahli JPKK. @followers Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA […]

𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐈𝐋 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐀𝐍

Berikutan dengan saudara Wong Yan Lai yang telah menghantar tuntutan kepada Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur pada bulan Ogos, beliau telah berjaya menandatangani satu persetujuan damai dengan syarikat sekuriti bagi tuntutan baki gaji beliau. Terima kasih kepada koordinator JPKK Selangor iaitu saudara Letchumanan dan saudari Vani yang telah memberi tunjuk ajar sepanjang perjalanan kes ini. […]

Hasrat untuk menyertai JPKK

Koordinator JPKK Kedah Dsm Ilanan telah mengadakan satu perbincangan bersama wakil pekerja sekuriti sekolah pada 22 September. Isu yang dibincangkan ialah isu pembayaran gaji oleh bekas syarikat yang telah tamat pada bulan Jun 2023. Perkara yang patut dipuji ialah pekerja tersebut telah menyatakan keinginan mereka untuk menjadi ahli JPKK setelah mengetahui tentang gerakan dan isu […]

Hidup pekerja!

Kes tuntutan 9 pekerja kuari dari Simpang Pulai yang dirujuk ke Mahkamah Buruh Ipoh telah mencapai satu penyelesaian apabila majikan menawarkan sejumlah wang pampasan kepada setiap pengadu mengikut tempoh perkhidmatan mereka. Perintah Persetujuan Bersama telah ditandatangani pada 20/9/2023 oleh kedua-dua pihak. Wakil JPKK Perak saudara R Saratbabu Raman telah memberi khidmat nasihat kepada 9 pekerja […]

TETAP TABAH WALAUPUN BELUM SELESAI

13 pekerja pengawal keselamatan yang diwakili oleh JPKK Kedah saudara Dsm Ilanan telah hadir ke rundingan damai di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Alor Setar, Kedah bagi menuntut gaji minima serta pengiraan gaji yg tidak betul dari tahun 2021 hingga 2022. Rundingan damai yang pertama ini tidak berjaya dalam mendapat penyelesaian maka rundingan kedua akan dijalankan […]

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋

4 pekerja pembersih Kolej Komuniti Bagan Serai, Perak, telah memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja Taiping, Perak terhadap bekas majikan (kontraktor) untuk menuntut tunggakan gaji minima dari Mei 2022 hingga Ogos 2023. @followers Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementerianpelajaranmalaysia#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja

𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈

Pada 12 September, berlaku rundingan damai kali ketiga di Jabatan Tenaga Kerja Sungai Petani, Kedah. 8 pekerja pengawal keselamatan sekolah telah berjaya mendapat penyelesaian dalam rundingan damai iaitu tuntutan sebanyak RM165,110.56 Rundingan ini diwakili oleh saudara Dsm Ilanan dari JPKK Kedah. Tuntutan ini merangkumi pembayaran gaji dari awal tahun 2020 sehingga bulan Jun 2023. @followers […]

𝗣𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 kerja di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang

𝗣𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 3 orang pembersih dan tukang kebun sekolah di Lunas Kedah, telah dijalankan semalam (11/9/2023) di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang. Pekerja-pekerja ini telah diwakili oleh peguam Arafas. Kes sambung bicara pada hari ini. Ayuh kita tunggu dan lihat apakah keputusan mereka hari ini. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda […]