PEKERJA DIBULI?

Hari ini saudari Sivaranjani Manickam telah mengadakan perjumpaan dalam talian bersama seorang pekerja yang bekerja dalam sektor F&B untuk memberi taklimat dan penjelasan langkah seterusnya yang boleh diambil terhadap kes layanan tidak adil yang telah di alami oleh beliau di tempat kerja. #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PEKERJAKONTRAK#kementeriansumbermanusia#JabatanPerusahaanPerhubungan

Kes pembuangan dimenang

Kami JPKK mengucapkan thaniah kepada ahli kami yang berani memfailkan kes keatas majikan bagi kes pembuangan dan ahkirnya menang mendapat penyelesaian diterima kerja balik oleh majikan. Kes berjalan di Jabatan Perhubungan Perusahaan di Pahang.

Jika Anda Dibuang Kerja, Bagaimana Anda Boleh Tuntut Pembelaan?

Jika anda dibuang kerja, bagaimana anda boleh tuntut pembelaan? Jika anda dibuang kerja secara tiba-tiba tanpa alasan munasabah, anda boleh memfailkan kes di dua tempat. Kalau ingin tuntut pampasan untuk pembuangan kerja, anda boleh filekan kes di Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Tetapi ini tertakluk kepada gaji basic anda dibawah RM2000 dan kebawah. Kalau ingin mendapat […]

Kawalan Pergerakan dan Persoalan Pekerja

Kawalan Pergerakan dan Persoalan pekerja… Q1: Majikan boleh minta pekerja ambil Annual Leave semasa lock down? Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di Pejabat Tenaga Kerja (JTK) berdekatan. Q2: Majikan boleh minta pekerja ambil unpaid Leave semasa lock down? Majikan tidak boleh arahkan pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji. Ini harus diambil sebagai […]

Tiga Pekerja Dari SK Taman University Dibuang Kerja Secara Tiba-Tiba

Tiga pekerja dari SK Taman University yang dibuang kerja secara tiba-tiba pada 31-5-19 hari ini berjaya selesaikan kes dengan Syarikat Fias Enterprise dalam rundingan kali kedua di Putrajaya. Mereka bertiga kesemuanya ibutunggal mendapat bayaran ganti notis 1 Bulan Gaji Dan bayaran ex Gratia satu bulan lagi. Puan Amutha dari JPP Putrajaya Pengerusi kan manakala JPKK […]

JPKK Utarakan 5 Isu Utama KPM

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK membangkitkan 5 isu dalam pertemuan dengan pihak Kementerian Pendidikan semalam, termasuk isu gaji 5 bulan pada 4 tahun dahulu untuk pekerja kontraktor Time Medi yang belum diselesaikan, pekerja pembersihan yang diberhentikan kerja secara mengejut beberapa bulan lalu, syif kerja pengawal keselamatan yang bermasalah, senaraihitamkan kontraktor yang menganiayai pekerja dan […]

Pekerja Pembersihan Hospital Bantah Pemangsaan Kesatuan

Bagaimana kerajaan hendak menggalakkan pekerja di Malaysia untuk menyertai kesatuan, sedangkan syarikat berkaitan kerajaan sendiri yang begitu ghairah untuk mematikan kesatuan? Hentikan pemangsaan terhadap kesatuan pekerja pembersihan di hospital kerajaan! Baca selanjutnya di Sosialis.net: https://sosialis.net/2019/12/02/pekerja-pembersihan-hospital-bantah-pemangsaan-kesatuan/

Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Tidak Membayar Gaji Minima

Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. tidak membayar gaji minima sejak bulan Januari 2019. Pekerja kawalan keselamatan, Sri Kavin Das telah memfailkan aduan di Jabatan Tenaga Kerja Gerik.Pada masa yang sama, Kavin juga telah memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan Ipoh untuk menuntut :a. Pemulihan kerja.b. Gaji tertunggak Tetapi rundingan damai pada 6.8.19 telah gagal […]

Dua Pemandu Lori Tesco Dibuang Kerja Tanpa Alasan Munasabah

2 pekerja yang bekerja sebagai pemandu lori di Tesco Gopeng dibuang kerja tanpa alasan munasabah. Mereka berdua mula bekerja di Tesco pada tahun 2014 sehinggalah mereka dibuang kerja pada Julai 2019. Tuduhan yang dibuat terhadap pekerja adalah memandu secara cuai. Mereka disabitkan salah dalam siasatan dalaman ( DI ) yang dijalankan oleh Tesco dan dibuang […]

Memorandum kepada PERKESO

Jatuh ditimpa tangga
perkeso tolak skim SIP untuk pekerja
pembersihan dengan alasan remeh!
Tambahbaik skim SIP untuk merealisasikan
motif sebenar

× Ada aduan? Hubungi SiAP!