M. Kulasegaran menyarankan polisi sistem kontrak mengikut cara Pulau Pinang

JPKK & Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan berjumpa dengan bekas Menteri Sumber Manusia, YB M.Kulasegaran, bertujuan untuk mendapatkan sokongan beliau dalam usaha menghapuskan sistem kontrak bagi khidmat sokongan ‘frontliner’ di bangunan kerajaan. Beliau menyarankan supaya pelaksanaan polisi ini dilakukan mengikut cara kerajaan negeri Pulau Pinang, dimana kerajaan negeri terus mengupah pekerja dibawah pentadbiran sekolah (pengetua) […]

Mesyuarat dengan Dr Dzulkefly Ahmad tentang penindasan semasa COVID-19

JPKK dan Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan baru jumpa Dr Dzulkefly Ahmad , bekas menteri KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA , yang juga merupakan ketua Selangor Task Force Covid 19 . Tujuan perjumpaan adalah untuk membangkitkan isu cleaner & pengawal keselamatan hospital & sekolah yang ditindas sistem kontrak semasa COVID 19. Mereka diasak dengan gaji minima yang […]

News stories about JPKK’s purpose

https://www.sinarharian.com.my/article/111041/BERITA/Nasional/Nasib-pekerja-kontrak-harus-dibela-JPKK https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/11/19/workers-on-frontlines-want-an-end-to-contract-system-urge-govt-to-reabsorb-them/ https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1903220

Kenapa Kerajaan patut iktiraf cleaner sebagai frontliner?

Kenapa Kerajaan patut iktiraf cleaner sebagai frontliner? Dengar lah pandangan rakyat Chee Han dari Agora Society Malaysia berkata : petugas cleaner bukan maid, mereka adalah profesional dalam tugas pembersihan. Jika tidak, doktor-doktor dan nurse-nurse lain cubalah bersih. Cleaner juga frontliner, semua dalam perahu yang sama. Tengok lah video di sini:

Apa isi kandungan dalam perjanjian bersama?

Apa isi kandungan dalam perjanjian bersama (Collective Agreement, CA) ? Selepas CA ditandatangani perlu daftar di Mahkamah Perusahaan? Kenapa kami perlu ada CA diantara pekerja dan majikan? Terima kasih atas sokongan Atlantic Fellows dan The Equity Initiative! #CleanerJugaFrontliner

Mesyuarat dengan YB Lee Boon Chye untuk Ketengahkan Isu Frontliner

JPKK & Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan baru mesyuarat dengan YB Lee Boon Chye 李文材医生 , ahli parlimen Gopeng & bekas Timbalan Menteri Kesihatan. Daripada gesaan kami, beliau berjanji akan ketengahkan isu frontliner di kalangan sekutu politik beliau, selain membuat kenyataan media berkenaan ancaman sekiranya kita mengabaikan petugas frontliner. Beliau juga akan berhubung & utarakan […]

Latihan Undang-Undang Pekerjaan – Cabaran dihadapi Pekerja Migran di Malaysia

[Latihan undang-undang pekerjaan] (Percuma)Tajuk: CABARAN DIHADAPI PEKERJA MIGRAN DI MALAYSIATarikh: 7 Februari 2021 (Ahad)Masa: 2 PetangTempat: Online menggunakan aplikasi Zoom, link seperti berikut; (http://shorturl.at/gDHIR)Panelis:1. Sumitha Shaanthinni Kishna, daripada Our Journey 2. Jeevanathan Angappan, daripada Migration Network Malaysia Sekiranya anda berminat untuk hadir, sila hubungi Jani (0102402159). Jumpa nanti!Inisiatif ini adalah kerjasama JPKK bersama The Equity […]

Berapa Lama Lagi KKM Nak Abaikan Cleaner?

“Kementerian Kesihatan kata mereka akan ‘follow up’, tetapi itu jawapan sama setiap kali kami bagi memorandum. Cuba bayangkan, tugas membersih kebun, lantai, tandas, wad pesakit COVID dirawati, adalah kerja cleaner. Macam mana kerajaan anggap mereka BUKAN ‘frontliner” – S. Koyilvani, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Cleaner hospital dianggap bukan ‘frontliner’, dinafikan elaun khas RM300, […]

Kenapa Pekerja Pembersihan Hospital Masih Tidak Dianggap Sebagai Frontliner?!

“Pekerja pembersihan yang membersihkan wad-wad hospital ini dianggap bukan frontliner. Apakah logiknya? Boleh masuk akal ke?” – V. Selvam, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Sokong gerakan kempen pemansuhan sistem kontrak bagi semua frontliner di bangunan kerajaan dengan menandatangani petisyen ini https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner #HapusSistemKontrak #CleanerJugaFrontliner #JaminanKerjaHakSemua

Font Resize
×Ada aduan? Hubungi SiAP!