𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐈𝐋 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐀𝐍

Berikutan dengan saudara Wong Yan Lai yang telah menghantar tuntutan kepada Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur pada bulan Ogos, beliau telah berjaya menandatangani satu persetujuan damai dengan syarikat sekuriti bagi tuntutan baki gaji beliau. Terima kasih kepada koordinator JPKK Selangor iaitu saudara Letchumanan dan saudari Vani yang telah memberi tunjuk ajar sepanjang perjalanan kes ini. […]

Hasrat untuk menyertai JPKK

Koordinator JPKK Kedah Dsm Ilanan telah mengadakan satu perbincangan bersama wakil pekerja sekuriti sekolah pada 22 September. Isu yang dibincangkan ialah isu pembayaran gaji oleh bekas syarikat yang telah tamat pada bulan Jun 2023. Perkara yang patut dipuji ialah pekerja tersebut telah menyatakan keinginan mereka untuk menjadi ahli JPKK setelah mengetahui tentang gerakan dan isu […]

TETAP TABAH WALAUPUN BELUM SELESAI

13 pekerja pengawal keselamatan yang diwakili oleh JPKK Kedah saudara Dsm Ilanan telah hadir ke rundingan damai di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Alor Setar, Kedah bagi menuntut gaji minima serta pengiraan gaji yg tidak betul dari tahun 2021 hingga 2022. Rundingan damai yang pertama ini tidak berjaya dalam mendapat penyelesaian maka rundingan kedua akan dijalankan […]

𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈

Pada 12 September, berlaku rundingan damai kali ketiga di Jabatan Tenaga Kerja Sungai Petani, Kedah. 8 pekerja pengawal keselamatan sekolah telah berjaya mendapat penyelesaian dalam rundingan damai iaitu tuntutan sebanyak RM165,110.56 Rundingan ini diwakili oleh saudara Dsm Ilanan dari JPKK Kedah. Tuntutan ini merangkumi pembayaran gaji dari awal tahun 2020 sehingga bulan Jun 2023. @followers […]

𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐮𝐭𝐬𝐨𝐮𝐫𝐜𝐞 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧!

JPKK ditubuhkan bukan hanya untuk menyelesaikan kes pekerja bagi dapatkan balik tuntutan, JPKK fokuskan untuk hapuskan sistem kontrak, gubal dan tekankan akta untuk tukarkan pekerja kontrak (cth, pengawal keselamatan dan pembersih) di bawah kerajaan kepada pekerja tetap kerajaan. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PengawalKeselamatan#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementeriankesihatanmalaysia#kementerianpelajaranmalaysia#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja https://www.facebook.com/reel/272284085599259/?s=single_unit

𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐀𝐍

Pekerja pembersih di Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong dan Sekolah Kebangsaan Dato Panglima yang menuntut tunggakkan gaji minima telah berjaya dapat penyelesaian melalui rundingan damai di Jabatan Tenaga Kerja Ipoh, Perak. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementerianpelajaranmalaysia#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja

𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊 𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀

Koordinator JPKK Melaka telah mengadakan sesi memberi tunjuk ajar membuat tuntutan dan pengiraan gaji kepada pengawal dan bekas pengawal yang telah diberhentikan kerja tanpa prosedur yang betul, memberi dorongan kepada mereka yang berani menuntut hak mereka. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PengawalKeselamatan#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja

LEBIH RAMAI BERANI TAMPIL KE HADAPAN

Pada 4 September, seramai 6 orang bekas pekerja sekuriti di Hospital Sungai Petani telah menfailkan tuntutan gaji minima dan pembayaran gaji tidak mengikut Akta Buruh di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sungai Petani, Kedah. Mereka telah menfailkan tuntutan dari tahun 2021 hingga awal tahun 2023 terhadap syarikat sekuriti. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri […]

KAMI MEMBANTU ANDA!

Pada 23/8/23 jam 6.00 pm, saudara Dsm Ilanan telah mengadakan satu pertemuan bersama bekas-bekas pekerja sekuriti di Hospital Sungai Petani untuk semakan dokumen kali terakhir sebelum memfailkan tuntutan PGM 22 dan pengiraan gaji dari tahun 2021 sehingga awal tahun 2023. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PengawalKeselamatan#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementeriankesihatanmalaysia#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja

BERANI TAMPIL KE HADAPAN

Saudara Wong Yan Lai yang merupakan seorang pengawal keselamatan telah menghantar tuntutan gaji minima kepada Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur. Beliau ingin tuntut baki gaji minima 8 bulan iaitu dari bulan Mei 2022 sehingga bulan Disember 2022 terhadap syarikat sekuriti. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PengawalKeselamatan#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja