Pekerja-Pekerja Pembersihan yang Hilang Kerja Akan Fail Kes Di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kedah/Perlis

Kepada,
Ketua Pengarang,
Akhbar , TV & Radio
Media Massa Online

*ESOK – PEKERJA-PEKERJA PEMBERSIHAN YANG HILANG KERJA AKAN FAIL KES DI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (JPP) KEDAH/PERLIS*

Pada 31 Mei 2019, hampir 45 000 pekerja pembersihan di seluruh Malaysia telah dibuang kerja oleh kontraktor baru yang ambilalih kontrak pembersihan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah satu berita yang mengejutkan pekerja-pekerja yang berada dalam lingkungan B40.

Pekerja yang telah bekerja bertahun-tahun di sesebuah sekolah tiba-tiba hilang kerja. Antara pekerja yang hilang kerja di Kedah dan Perlis akan mula memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kedah/Perlis esok.

Berikut adalah maklumat program tersebut:

Tarikh : 18 Julai 2019 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah/Perlis
Aras 5, Zon B, Wisma Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
06550 Bandar Muadzam Shah, Kedah

Kami amat berharap pihak Media akan hadir untuk membuat liputan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 011-3625 9915.

Sekian terima kasih.
A. Sivarajan
Setiausaha Agung

Related

Tandatangan petisyen

Tandatangan petisyen ini untuk menghapuskan sistem kontrak.https://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar diri anda di:https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA

× Ada aduan? Hubungi SiAP!