Rundingan Damai untuk Kes Pembuangan Kerja untuk Pekerja Pembersihan

ALOR SETAR, 7 Ogos 2019: Hari ini runding damai untuk Kes pembuangan kerja untuk pekerja pembersihan SMK Sultan Badlishah Kulim, diadakan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kedah/Perlis. Pekerja menuntut pemulihan kerja mengikut Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan.

Pihak majikan TA Sinar mengatakan tidak dapat memulihkan kerja kerana tidak dapat apa-apa tender pembersihan di sekolah. Selepas rundingan panjang lebar, pihak majikan bersetuju untuk membayar pampasan mengikut undang-undang buruh, iaitu bayaran gaji ganti notis sebulan dan faedah pemberhentian kerja mengikut jumlah tahun perkhidmatan.

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]