Kes Pengawal Keselamatan Sekolah, Menang Dimahkamah Tinggi Seremban

KES PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH, MENANG DIMAHKAMAH TINGGI SEREMBAN 2.
ANTARA EN MOHAMMAD ARIS DAN BT SECURITY SDN BHD

Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini merupakan satu lagi kemenangan kepada warga pekerja.

Keputusan ini berikutan Syarikat BT Security Services Sdn Bhd memfailkan kes dimahkamah tinggi pada bulan September 2019 dengan membuat rayuan untuk menolak keputusan Mahkamah Buruh yang berpihak kepada En Mohammad Aris.

En Aris merupakan seorang pengawal keselamatan sekolah diZon Senawang Negeri Sembilan. Beliau telah berkhidmat dengan syarikat BT security dari tahun Julai 2016. Beliau telah memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja Seremban kerana selama beliau berkerja pihak syarikat tidak mengikuti perkiraan gaji mengikut akta gaji minima dimana perkiraan gaji kerja lebih masa, cuti am dan cuti rehat tidak tepat. Hasil aduan, En Aris dibuang kerja dimana syarikat tersebut tidak sambung kontrak beliau pada tahun 2019.

Sebutan Kes diMahkamah Buruh bermula pada Feb 2019 dan akhirnya En Mohammad Aris telah menang dimahkamah Buruh pada 26 Ogos 2019.

Pihak syarikat yang tidak berpuas hati memfailkan Rayuan kes ini diMahkamah Tinggi pada September 2019 untuk menolak keputusan Mahkamah Buruh. Alasan pihak syarikat adalah, pihak Mahkamah Buruh tidak terima bukti yang diberi oleh Syarikat tersebut dimana pihak syarikat mengemukakan Slip Gaji Baru dari tahun 2016 mengatakan slip gaji ini mempunyai adjustment dimana Mahkamah Buruh menolak bahan bukti itu kerana ia bukan Asli dan juga pihak syarikat risau kerana keputusan ini akan menyebabkan pengawal keselamatan yang lain lebih kurang 26pengawal yang telah memfailkan kes dijabatan Buruh selepas En Aris berani berbuat demikian akan kalah.

Ia juga sebagai ugutan dimana seorang pekerja Pengawal tidak mampu untuk lawan sebuah syarikat besar diMahkamah.

Apapun Tahniah kepada En Aris yang berani menentang diMahkamah Buruh serta Mahkamah Tinggi, lebih lebih lagi tanpa Peguam. Ya, beliau membela sendiri diMahkmah Buruh dan Mahkamah Tinggi sehingga memperoleh satu keputusan yang harus diraikan oleh semua Pengawal Pengawal keselamatan dari seluruh negara.

Hari ini jam 9.30pagi, keputusan dibaca dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban 2, YA Tuan Azizul Azmi Bin Adnan memberi keputusan “Rayuan DiTolak Dengan Kos Rm5000”. Terima kasih kepada Tuan Hakim. “Berani Kerana Benar, Menang Kerana Berani”

#MansuhkanSystemKontrak

Oleh,
Tinagaran Subramaniam
Kordinator Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
Negeri Sembilan.

Related

Majikan telah bersetuju menjelaskan tunggakan gaji minima

29 pekerja keselamatan di Hospital Slim River, Perak berjaya tuntutan tunggakan gaji minima dari Mei 2022 hingga Ogos 2023 berjumlah RM106,400. Satu perintah persetujuan telah ditandatangani pada 8 November antara wakil pekerja dan majikan di Mahkamah Buruh Tapah. Majikan bersetuju menjelaskan tunggakan tersebut secara ansuran dalam tempoh 6 bulan (Nov 2023-April 2024). Sertai kami untuk […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!