Pekerja Hospital Bahagia Tanju berjaya tuntut permintaan mereka!
Pada 11-09-2020, pekerja Hospital Bahagia Tanjung Rambutan berjaya tuntut permintaan mereka!
Pekerja tunggu di tempat ‘punch’ selepas ‘punch’ kad pagi ini . Pekerja minta majikan pulang balik punch kad yang disimpan oleh majikan atas alasan untuk guna sistem scan ID dan juga selesaikan masalah-masalah yang lain
Pekerja setuju dengan Sistem scan ID ini,tetapi disebabkan sistem ini masih ada pelbagai masalah seperti selalu tidak dapat scan ID , pekerja perlu ambil masa panjang untuk beratur dan scan juga menjadikan pekerja lewat masuk kerja dan lewat lepas kerja, kiraan OT yang tidak jelas dan lain-lain
Selain daripada ini, pekerja juga menuntut majikan beri semula faedah panel klinik, cuti public yang dipotong oleh majikan dan lain-lain masalah.
Selepas pekerja tunggu selama 2 jam , akhirnya Majikan setuju untuk guna semula punch kad dan telah tetapkan satu tarikh untuk bincang masalah-masalah lain.
Inilah kuasa pekerja. Jika pekerja bersatu, segala masalah boleh diselesaikan.
Hidup pekerja ! Hidup perjuangan pekerja !