JPKK Serah Memorandum kepada KPM

JPKK telah menyerahkan memorandum & kajian sokongan penghapusan sistem kontrak bagi pekerja frontliner yang terabai seperti cleaner, pengawal, tukang kebun di bangunan kerajaan.

Kajian JPKK membuktikan yang sistem kontrak membawa banyak kemudaratan kepada pekerja, menghakis hak pekerja, selain menguntungkan orang tengah sahaja.

Encik Azziyadi, setiausaha sulit kanan Dr Radzi Jidin , merupakan wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerima dokumen. Semoga Kementerian Pendidikan Malaysia mendengar rintihan frontliner dan tidak mengabaikan mereka.

Related

× Ada aduan? Hubungi SiAP!