Mahkamah Jabatan Tenaga Kerja hari memerintahkan
Mahkamah Jabatan Tenaga Kerja hari memerintahkan syarikat HL HUB LI Eng Works untuk bayar RM 22,000 sebagai penyelesaian pampasan buang kerja kepada Sarkunum Veloo.
Sarkunum seorang operator mesin, kehilangan 1/2 jari tengah tangan kanannya semasa membersihkan mesin kerja nya. Habuk besi menyebabkan luka seterusnya kehilangan 1/2 jari tengah.
Selepas tamat MC beliau telah kembali ke tempat kerja menuntut light duty.
Tetapi syarikat sengaja melengahkan tuntutannya dan menawarkan kerja pemandu Lori sebagai light duty dengan pengurangan gaji.
Beliau enggan terima tawaran itu dan menuntut light duty sepertimana yg di saran oleh Perkeso.
Setelah surat menyurat dari Sarkunum dan syarikat selama lebih 1 tahun, Sarkunum menganggap diri nya diberhentikan kerja efektif Julai 2020 dan menfailkan tuntutan faedah henti kerja.
Bicara penuh dijalankan pada 3hb November, 2020 yg lalu. Saksi Perkeso yg di panggil oleh majikan enggan hadir.
Maka pd hari ini direkodkan perintah bayaran kpd Sarkunum sebanyak RM 22,000.