Perjumpaan JPKK dengan Kepimpinan Tertinggi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN)
Perjumpaan JPKK dengan Kepimpinan Tertinggi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN)
Kepong | 3 Disember 2020
JPKK baru sahaja bermesyuarat bersama Senator @aimanathirah , yang merupakan ketua AWAN, juga disertai oleh Timbalan Setiausaha Agung AWAN, Norhayati Bidin di Wisma AMANAH di Kepong, hari ini.
Mesyuarat ringkas ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada AWAN mengenai kempen & kajian JPKK mengenai hak dan faedah pekerja sistem sokongan (pembersihan, pengawal keselamatan, tukang kebun) yang semakin terhakis, sejak peralihan ke sistem penswastaan pada tahun 1997.
Isu seperti pembekalan topeng muka dan sarung tangan yang tidak cukup kepada cleaner, gaji minima tidak dipatuhi, penipuan potongan KWSP/PERKESO, dan sifat sistem kontrak yang serba gagal dan menindas pekerja, selain membiak amalan kronisme, juga dibentangkan kepada mereka.
Ketua AWAN berjanji akan membawa isu untuk dibangkitkan dan dibicarakan di parlimen, selain mengatur temujanji online untuk penerangan kempen JPKK bersama kabinet pimpinan AMANAH yang lain. Material kempen seperti memorandum, video, laporan penuh kajian & poster dijanjikan akan dikongsikan di parlimen dan juga didalam media AMANAH. Beliau juga telah mengaturkan JPKK untuk membangkitkan isu ini di webinar AMANAH, dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu lagi.
JPKK berharap agar dengan perbincangan ini, barisan kepimpinan AWAN dapat menggunakan platform mereka untuk berusahasama membangkitkan & memperjuangkan keadilan bagi frontliner dengan penuh amanah.
Tandatangan petisyen kami LINK DI BIO
#HapusSistemKontrak #CleanerJugaFrontliner #JaminanKerjaHakSemua
JPKK kini sedang menggerakkan siri penyerahan memorandum, kajian sokongan & perjumpaan dengan kementerian – kementerian yang berkenaan dengan tuntutan frontliner terabai (cleaner, pengawal keselamatan, & tukang kebun) seperti Kementerian Kesihatan, Pendidikan, Sumber Manusia, dan Kewangan, untuk mereka diserap sebagai pekerja tetap kerajaan. Hasil kajian dan memorandu juga akan diserahkan kepada beberapa ahli parlimen & senator-senator yang dari kedua-dua blok Kera