Sokongan Ahli-Ahli Parlimen untuk Penyerapan Frontliner Terabai Sebagai Pekerja Tetap

SIDANG MEDIA SOKONGAN AHLI-AHLI PARLIMEN UNTUK PENYERAPAN FRONTLINER TERABAI SEBAGAI PEKERJA TETAP

Parlimen Malaysia, 15 Disember 2020, 11:15 pagi

5 Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan sokongan mereka terhadap kempen penyerapan frontliner terabai seperti pegawai pembersihan, pengawal keselamatan, dan tukang kebun di premis kerajaan, sebagai pekerja tetap.

Sidang media kenyataan sokongan ini telah disusun-atur oleh YB Tanjung Malim, Chang Lih Kang yang disertai oleh 4 lagi ahli PKR, YB Lembah Pantai Fahmi Fadzil, YB Klang Charles Santiago, YB Pasir Gudang Hassan Karim, YB Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.

Kempen penyerapan pekerja frontliner tercicir ini merupakan suatu inisiatif daripada Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkhidmat membantu & memperjuangkan hak pekerja khidmat sokongan swasta di premis kerajaan.

Untuk menonton sidang media singkat (15 minit) ini, sila KLIK LINK INI https://www.youtube.com/watch?v=o5fsevpObbg&feature=youtu.be&ab_channel=PARLIMENMALAYSIA

Tandatangani petisyen kami di LINK INI https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner

Hubungi SiAP (011-10767989) sekiranya anda ada masalah di tempat kerja.

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!