Siri Perbincangan dengan Ahli-Ahli Parlimen Mengenai Penindasan Frontliner Terabai

Tengahari tadi dan semalam (Isnin), JPKK telah mengadakan siri perbincangan dengan beberapa ahli-ahli parlimen mengenai penindasan frontliner terabai (cleaner, pengawal keselamatan, tukang kebun) yang dilakukan kontraktor di seluruh negara, melalui sistem kontrak yang menghakis & mengancam hak pekerja.

Tujuan perjumpaan adalah untuk menggesa YB ahli-ahli parlimen untuk memahami, menyokong & membangkitkan isu ini di parlimen, baik di Dewan Rakyat mahupun Negara, memanfaatkan kuasa dan kedudukan mereka untuk selain mengketengahkan isu ini dikalangan sekutu politik terdekat dan sahabat handai, selain menyalurkan isu ini ke perhatian pihak-pihak atasan yang sepatutnya bertanggungjawab.

Antara ahli parlimen & senator yang setakat ini terlibat menyokong kempen perjuangan & pembelaan pekerja ini adalah YB Hassan Karim (Pasir Gudang), YB Chang Lih Kang (Tanjung Malim), YB Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), dan YB Senator Aiman Athirah Al Jundi.

Sokong & tandatangan petisyen kempen kami di LINK INI https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner

Sekiranya anda atau rakan ada masalah di tempat kerja, sila hubungi Sistem Aduan Pekerja (SiAP) – 011-10767989

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]