Lawatan ke sekolah-sekolah di Bentong & Karak

LAWATAN KE SEKOLAH-SEKOLAH DI BENTONG & KARAK

Pada 29hb April, JPKK telah melawat sekolah-sekolah di persekitaran Bentong dan Karak dengan tujuan untuk mengenal pasti pekerja-pekerja kontrak disitu dan memberitahu mereka tentang kewujudan JPKK dan bagaimana kami sebagai persatuan boleh membantu mereka. Kami telah melawat dalam 10 sekolah dan terdapat pekerja-pekerja yang mahu mendengar perjuangan kami dan ada yang merasakan hak mereka sebagai pekerja kontrak telah pun dijaga dan tidak berminat untuk mendengar. Kami juga hanya dapat berjumpa dengan pengawal keselamatan kerana pekerja pembersihan semua sedang bercuti. 



Daripada respon pekerja, mereka mengatakan tiada masalah serta gaji dibayar mencukupi dan tepat pada masanya. Syarikat disana baru setahun memegang tender dan masih ada kemungkinan mereka tidak akan konsisten dengan kerja mereka. Tetapi, pekerja perlu sedar walaupun kontraktor sekarang beroperasi tanpa salahlaku, kontraktor seterusnya yang baru mungkin tidak akan mematuhi undang-undang akta kerja, seperti yang berleluasa di seluruh Malaysia.

Banyak kontraktor dikawasan lain yang mengendalikan pekerja-pekerja frontliner ini dengan sambil lewa, tidak kisah tentang undang-undang akta kerja, sehingga tak bayar gaji, tipu kadar bayaran overtime, tidak carum KWSP/PERKESO, tidak bagi cuti tahunan/sakit, dan pelbagai lagi. Tetapi apabila pekerja yang dianiayai cuba bersuara, mereka pula yang dimangsakan, dihukum dibuang kerja, dipindahkan jauh dari rumah, diberi surat amaran dan sebagainya.

Kempen JPKK bertujuan untuk menyuarakan tuntutan pekerja untuk penyerapan mereka sebagai pekerja kerajaan, seperti yang dilaksanakan sebelum 1997. Pada masa itu, pekerja menikmati kenaikkan gaji tahunan, pencen, elaun baju & kasut, cuti sakit/tahunan, faedah kesihatan, dan kerja tetap.

#HapusSistemKontrak #JaminanKerjaHakSemua

Related

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟑

JPKK telah menjalankan satu kajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan seluruh Semenanjung Malaysia untuk 6 bulan lepas mengenai hak dan kebajikan pekerja kontrak terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan. Kami akan melancarkan hasil penemuan daripada kajian ini, yang bertajuk –𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈, 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓(GOVERNMENT CONTRACT WORKERS IN MALAYSIAN SCHOOLS: DEMOGRAPHICS, […]

𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐏 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀

JPKK telah berjumpa dengan MP Petaling Jaya,YB Tuan Lee Chean Chung pada 24 Julai 2024 bagi meminta komitmen MP untuk bawa isu sistem kontrak dan perolehan ke Select Committee Finance dan Economy. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen inihttps://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar diri anda di:https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA

× Ada aduan? Hubungi SiAP!