M. Kulasegaran menyarankan polisi sistem kontrak mengikut cara Pulau Pinang

JPKK & Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan berjumpa dengan bekas Menteri Sumber Manusia, YB M.Kulasegaran, bertujuan untuk mendapatkan sokongan beliau dalam usaha menghapuskan sistem kontrak bagi khidmat sokongan ‘frontliner’ di bangunan kerajaan.

Beliau menyarankan supaya pelaksanaan polisi ini dilakukan mengikut cara kerajaan negeri Pulau Pinang, dimana kerajaan negeri terus mengupah pekerja dibawah pentadbiran sekolah (pengetua) , dan bukan nya melalui kontraktor. Dengan cara itu, kontraktor yang sudah tamat tender akan disingkirkan dari proses upah pekerja, sekaligus pekerja juga dapat menikmati gaji (RM1800) & faedah yang lebih baik berbanding dibawah kontraktor.

Pekerja pembersihan & keselamatan di sekolah dan hospital teraniaya dibawah sistem kontrak yang telah menyebabkan mereka kehilangan faedah kerja tetap seperti tiada kenaikkan gaji tahunan, tiada elaun baju & kasut, faedah perubatan, cuti tahunan, cuti sakit, saraan pencen, dan pelbagai lagi. Kerajaan juga membazirkan memperuntukkan 1/3 daripada bajet sektor keselamatan sekolah kepada kontraktor, dengan baki nya yang hanya sebanyak RM1 Billion yang di kongsi diantara 40,000+ orang pengawal keselamatan.

Bantu frontliner kita demi masa depan negara! Kebajikan pekerja pembersihan & keselamatan sekolah & hospital amat penting untuk memastikan kita semua sihat & bebas wabak.
Ayuh sokong tuntutan mereka dengan menandatangani petisyen kempen di shorturl.at/rDK57

Related

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!