Pastikan cleaner dapat gaji penuh semasa PKP

Ramai cleaner sekolah mengadu pada kami yang gaji mereka akan dipotong masa PKP. Ada yang kena paksa ambil cuti, kalau tak cuti dikira tak hadir kerja. Majikan bagi alasan sebab pihak PPD & Kementerian Pendidikan Malaysia potong peruntukan sebab tak semua perlu berkerja semasa PKP 3.0 , tapi Kementerian Sumber Manusia kata tak boleh potong gaji semasa PKP, gaji minimum mesti dibayar?

Cleaner sekolah kerja ikhlas sebagai frontliner tidak disanjung tapi macam ni kerajaan layan mereka. Takkan gaji minimum RM1200 pun nak potong?

Dr Radzi Jidin Tolong ambil tanggungjawab, keluarkan arahan yang JELAS, pastikan cleaner dapat gaji penuh semasa PKP 3.0.

Kalau ada yang hadapi masalah sama, hubungi kami di 011-10767989. Sebarkan untuk pengetahuan ramai. Terimakasih.

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]