Gaji cleaner sekolah dipotong?

Salam perjuangan,

Jumaat lepas, lepas cleaner sekolah & JPKK bantah keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) potong gaji, hari ahad KPM keluarkan kenyataan untuk bayar penuh kepada kontraktor mengikut kontrak asal, bukan ikut kehadiran pekerja.

Tak ada alasan untuk pekerja dipotong gaji, tak kira sama ada 60% kehadiran atau 100% kehadiran. Gaji minimum mesti dibayar (RM1200). Minta tolong tanya kawan-kawan cleaner dari sekolah sendiri & sekolah lain tentang adakah gaji mereka dibayar penuh.

Jika tidak dibayar penuh, boleh hubungi JPKK di 011-10767989 untuk kita bincang tindakan selanjutnya.

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!