POTONGAN GAJI ‘CLEANER’ DITARIK SEMULA – KONTRAKTOR AKAN DIBAYAR PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) manyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menarik semula polisi pembayaran kepada kontraktor berdasarkan kehadiran pekerja. Kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) akan dibayar penuh berdasarkan kontrak. Berikutan itu, kami harap tidak timbul lagi isu kontraktor terpaksa potong gaji pekerja KBK, termasuk ‘cleaner’ sekolah.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada wakil-wakil pekerja KBK yang berani bersuara membantah arahan asal KPM. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin kepada isu ini dan yang telah mendesak KPM sehingga ada perubahan. Kuasa rakyat sekali lagi terbukti adalah pendorong utama kemenangan pekerja pembersihan menuntut semula hak gaji minima mereka.

#KitaJagaFrontliner #CleanerJugaFrontliner #KuasaPekerja

Danial Hakeem
Penyelaras
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
011-10907989

Related

𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

Persembahan teater Si Sebalik Tirai Kontrak telah berlangsung di Perak pada 16 November 2024 iaitu pada Malam Salam Perjuangan yang telah dianjurkan oleh PSM. Kami akan datang ke tempat anda dalam masa terdekat untuk persembahan teater ini. Nantikan kami! Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen inihttps://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar […]

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀!

https://forms.gle/LoBJiGYMuguQfvZj6 Saudara dan saudari,Kami sedang menjalankan satu kaji selidik mengenai gaji minima.Tujuan survey ini dijalankan adalah untuk melihat keadaan pekerja dan pendapat dalam hal gaji minimum.Kami meminta pertolongan anda untuk isi kaji selidik ini untuk mendapatkan pandangan anda.Terima kasih.https://forms.gle/LoBJiGYMuguQfvZj6 Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen inihttps://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!