Merdeka-kan Pekerja Pembersihan, Sekuriti, Tukang Kebun, dari Sistem Kontrak!

Merdeka-kan Pekerja Pembersihan, Sekuriti, Tukang Kebun, dari Sistem Kontrak!

Menjelang ulangtahun ke-64 kemerderkaan negara dari penjajah British, golongan pekerja negara kita sedang giat melawan jajahan COVID-19. Dalam keadaan dimana ramai golongan pekerja yang tersungkur sedang cuba memulakan langkah baru membaik-pulih keadaan ekonomi masing-masing, pekerja barisan hadapan seperti doktor, jururawat & tukang cuci terus berkhidmat dengan gigih walaupun pelbagai halangan muncul berpunca dari dalam negara sendiri.

64 tahun selepas merdeka, tiada lagi rakyat Malaysia yang diacukan senjata atau terpaksa mengangkat senjata untuk mempertahankan maruah diri. Tetapi ingin kami bertanya, adakah pekerja kontrak kerajaan seperti tukang cuci, tukang kebun & pengawal keselamatan benar-benar merdeka? Apakah bentuk penjajahan yang masih mereka perlu tempuhi dalam kehidupan mereka hari ini?

Mereka masih dirantai oleh sistem kontrak yang terus membelenggu mereka dalam kemiskinan. Belenggu penghambaan yang menindas mereka masih wujud. Rantai-rantai inimenghalang mereka dari menikmati sebarang kenaikan gaji, jaminan kerja, cuti sakit. Malah, hasil titik peluh mereka disedut oleh parasit-parasit yang mengambil kesempatan keatas kepincangan sistem pengupahan kontrak, memangsakan pekerjayang bekerja keras & ikhlas hanya untuk menyara kehidupan.Pekerja masih belum menikmati kemerdekaan sebenar, selagi belum bebas dari kemiskinan yang disebabkan sistem kontrak!

Sempena ulang-tahun kemerdekaan ini, diharapkan golongan pekerja dapat sedar bahawa kemerdekaan sebenar mestidituntut oleh golongan yang dihambakan, dan golongan penjajah tidak-akan memberi semula kemerdekaan selagi yang dipijakbelum bersatu untuk bangun melawan.

#HapusSistemKontrak#JaminanKerjaHakSemua#CleanerJugaFrontliner

Related

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟑

JPKK telah menjalankan satu kajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan seluruh Semenanjung Malaysia untuk 6 bulan lepas mengenai hak dan kebajikan pekerja kontrak terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan. Kami akan melancarkan hasil penemuan daripada kajian ini, yang bertajuk –𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈, 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓(GOVERNMENT CONTRACT WORKERS IN MALAYSIAN SCHOOLS: DEMOGRAPHICS, […]

𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐏 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀

JPKK telah berjumpa dengan MP Petaling Jaya,YB Tuan Lee Chean Chung pada 24 Julai 2024 bagi meminta komitmen MP untuk bawa isu sistem kontrak dan perolehan ke Select Committee Finance dan Economy. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen inihttps://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar diri anda di:https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA

× Ada aduan? Hubungi SiAP!