Adakah anda tahu tentang masalah sistem kontrak di premis kerajaan?

Adakah anda tahu tentang masalah sistem kontrak di premis kerajaan?

Selain doktor, pekerja pembersihan & keselamatan juga ditindas sistem kontrak. Mereka bekerja tanpa jaminan kerja & kenaikkan gaji, tanpa cuti sakit & cuti tahunan. Sistem ini menindas kumpulan pekerja ini sejak 1997 dan masih berterusan sehingga hari ini.

Teringin untuk bantu & libatkan diri? Sertai sesi ini! Sesi akan menerangkan cara-cara untuk membantu kumpulan ini.
Sebarang soalan akan dijawab oleh panelis kami yang terdiri daripada pakar kaji selidik polisi, pekerja pembersihan sekolah & aktivis buruh.

Daftarkan diri anda di misisolidariti.org atau hubungi Danial (011-10907989).

Layari laman web Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) untuk mendalami isu dengan lebih lanjut di jpkk.org

Related

Peringatan tentang JPKK!

Ianya penting untuk anda memahami matlamat kami. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA https://www.facebook.com/reel/1773921923051746

Diskusi Meja Bulat: Dilema Gaji Progresif?

Sekilas tentang diskusi meja bulat yang bertema 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 yang dianjurkan oleh 𝐉𝐏𝐊𝐊 bersama dengan Asia Europe Institute (𝐀𝐈𝐄), Universiti Malaya pada 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak iaitu wakil Kementerian Ekonomi, International Labour Organization (ILO), Uni Malaysia Labor Centre (Uni-MLC), Labor Law Reform Coalition (LLRC), Malaysia Employer Federation (MEF) dan pakar-pakar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!