Isu pekerja kontrak pembersihan dan keselamatan di bawa ke parlimen

(ISU PEKERJA KONTRAK PEMBERSIHAN & KESELAMATAN DI BAWA KE PARLIMEN)

Pada 29 September, isu pekerja kontrak ‘cleaner’ & ‘guard’ bangunan kerajaan yang menuntut jaminan kerja tetap telah dibawa ke sidang dewan rakyat oleh ahli parlimen Setiawangsa, YB Nik Nazmi.

Tuntutan jaminan kerja itu dibangkitkan berikutan pelbagai masalah yang dihadapi pekerja sektor ini, seperti gaji lambat, dibawah gaji minima, atau tidak dibayar langsung, tidak dicarum KWSP & PERKESO, dinafikan cuti tahunan, dan isu jaminan kerja. Pekerja juga tidak diberi topeng muka & sarung tangan. Ini semua masih berlaku sedangkan mereka adalah pekerja barisan hadapan semasa pandemik.

Sebelum penswastaan khidmat sokongan, pekerja sektor-sektor ini menikmati jaminan kerja, kenaikkan gaji tahunan yang setimpal dengan tempoh khidmat bekerja, cuti tahunan, elaun-elaun tambahan, dan juga pencen. Tetapi sejak penswastaan pada 1997, status mereka akan diperbaharui dibawah kontraktor baru setiap 2-5 tahun, menghalang kenaikkan gaji & cuti tahunan mereka. Ramai pekerja sudah bekerja berdekad di satu sekolah tetapi gaji mereka sama dengan pekerja baru. Pencen juga hanya harapkan KWSP.

Sistem kontrak ini juga melanggar undang-undang buruh negara. Hanya pekerjaan yang sementara, spesifik & bermusim sahaja yang dibolehkan untuk upah pekerja ikut kontrak ( rujuk Akta Kerja 1955, Seksyen 11). Tetapi kerja pembersihan & keselamatan adalah kerja yang tetap diperlukan selagi bangunan kerajaan itu wujud, dan bukan nya seperti kerja mengecat dinding atau kerja pembinaan yang sementara sahaja.

PEKERJA TUNTUT 3 PERUBAHAN:
1. Hapus Sistem Kontrak
2. Hapus Budaya Kroni
3. Kurangkan Pembaziran, Cekapkan Pentadbiran

Tandatangani petisyen kempen di: https://www.change.org/p/demanding-permanent-employment-for…

Jika pekerja ada masalah di tempat kerja, sila hubungi hotline kami (SiAP – 011-10767989)

Hasil kajian boleh didapati di jpkk.org/penyelidikan

Related

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ€π‰πˆπ€π π‰ππŠπŠ π˜π€ππ† πŠπ„-πŸ‘

JPKK telah menjalankan satu kajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan seluruh Semenanjung Malaysia untuk 6 bulan lepas mengenai hak dan kebajikan pekerja kontrak terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan. Kami akan melancarkan hasil penemuan daripada kajian ini, yang bertajuk β€“ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŠπŽππ“π‘π€πŠ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π πƒπˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€: πƒπ„πŒπŽπ†π‘π€π…πˆ, πŠπ„π€πƒπ€π€π π’π„πŒπ€π’π€ 𝐃𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓(GOVERNMENT CONTRACT WORKERS IN MALAYSIAN SCHOOLS: DEMOGRAPHICS, […]

ππ„π‘π‰π”πŒππ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐏 ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€

JPKK telah berjumpa dengan MP Petaling Jaya,YB Tuan Lee Chean Chung pada 24 Julai 2024 bagi meminta komitmen MP untuk bawa isu sistem kontrak dan perolehan ke Select Committee Finance dan Economy. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen inihttps://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar diri anda di:https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA

× Ada aduan? Hubungi SiAP!