Pembongkaran Kajian Pemberian Kontrak di Sekolah dan Hospital

Kepada,
Ketua Pengarang,
Akhbar , TV & Radio
Media Massa Online


*SIDANG AKHBAR -*
PEMBONGKARAN KAJIAN PEMBERIAN KONTRAK DI SEKOLAH DAN HOSPITAL
KAJIAN DAN REKOMENDASI JPKK

Sukacita dimaklumkan, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) akan mengadakan satu sidang akhbar untuk mendedahkan hasil kajian JPKK yang bertajuk “Laporan Penyelidikan mengenai benefisiari kontrak Perkhidmatan Kerajaan” dimana kajian ini dibuat terhadap lebih 200 syarikat yang diberikan kontrak.

Kajian ini mendedahkan kepincangan dalam proses tender kepada kontraktor Kerajaan terutamanya di sektor pembersihan dan pengawal keselamatan di Sekolah dan Hospital dan juga cadangan rekomendasi untuk membaiki proses tender supaya wujud lebih transparensi dan menjaga hak pekerja kontrak.

Butiran sidang akhbar adalah seperti dibawah secara online kepada umum seperti maklumat berikut:

Tarikh: 8 September 2021 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi
Tempat:
(https://us02web.zoom.us/j/87324273805…)Zoom

Kami amat berharap pihak Media akan hadir dan memberi liputan kepada hasil kajian ini. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi saudari Jani di talian – 010-2402159.

Sekian terima kasih.

M. Sivaranjani
Setiausaha
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan

Sidang-Akhbar_Pelancaran-kajian-JPKK

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!