Proses perolehan tender kontrak bangunan kerajaan mesti ditambah-baik demi kesejahteraan pekerja

PROSES PEROLEHAN TENDER KONTRAK BANGUNAN KERAJAAN MESTI DITAMBAH-BAIK DEMI KESEJAHTERAAN PEKERJA

1. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menggesa kerajaan untuk segera memperbaiki sistem perolehan tender kontrak bangunan kerajaan, seperti perkhidmatan keselamatan dan kebersihan di sekolah dan hospital.

2. Dalam sidang media kami pagi ini, kami bentangkan hasil kajian kami yang bertumpu terhadap masalah ketelusan (transparensi) & akauntabiliti yang sangat berleluasa dikalangan penerima tender kontrak khidmat-khidmat sokongan ini.

3. Terlalu banyak syarikat yang beroperasi di sekolah kerajaan melanggar undang-undang menindas pekerja dengan tidak memberi gaji minimum, cuti tahunan & cuti sakit, dan terus beroperasi tanpa dikenakan sebarang tindakan. Ada juga syarikat yang terus mendapat tender berulang kali walaupun banyak rekod aduan pekerja dikemukakan.

4. Kajian kami mendapati beberapa syarikat di sekolah berkait rapat dengan ahli politik & maklumat latar belakang syarikat sukar diperiksa dari SSM, malah terdapat juga syarikat yang tidak melaporkan audit ke SSM.

5. Masalah yang dialami pekerja pembersihan di hospital juga berpunca dari kekebalan kontraktor yang datang dari masalah akauntabiliti & ke-tidak-telusan. Salah satu punca nya adalah sebab & informasi penerima tender dilindungi disebalik Akta Rahsia Rasmi 1972.

6. Untuk laporan penuh yang memperincikan maklumat salahlaku syarikat, kaitan diantara syarikat-syarikat dengan ahli politik, dan kelemahan proses perolehan tender, ia boleh dimuat-turun dari laman web kami https://jpkk.org/penyelidikan/

7. Dengan itu, kami gesa kerajaan untuk segera ambil-langkah berikut untuk pastikan kebajikan pekerja barisan hadapan ini terjamin;

i) Sebelum Pemberian Tender
a) Senaraihitamkan syarikat bermasalah/ berkaitan ahli politik.
b) Syarikat Sdn Bhd & GLC sahaja dibenarkan mohon tender
c) Senaraihitamkan syarikat yang menyumber-luarkan dan disumber-luarkan (subkontrak)
d) Tetapkan cagaran/bon sekitar RM200,000-300,000 dalam kes salahlaku
1. Cagaran digunakan untuk bayar gaji/elaun pekerja
2. Cagaran dilupuskan dalam kes rasuah

ii) Semasa Pemberian Tender
a) Kawal aktiviti Jabatan Urus Setia Perolehan
b) Pantau perlantikan ahli lembaga & pengarah Jabatan ini.
c) Periksa latar belakang supaya tiada lantikan politik.
d) Libatkan agensi luar seperti NGO & kesatuan buruh dalam proses penilaian.
e) Sebab pemilihan & penolakan pemohon mesti diberitahu umum.

iii) Reformasi Undang-Undang – Mansuhkan perlindungan maklumat pemohon di sebalik Akta Rahsia Rasmi 1972
a) semua maklumat mesti dedah kepada umum

iv) Reformasi Institusi
a) Kuasa Pendakwaan Ketua Pengarah SPRM mesti dibebaskan dari pengaruh peguam negara.
b) Lantikan Ketua Pengarah SPRM juga mesti melalui proses pengundian & hanya boleh dilucutkan jawatan oleh YDPA Agong.

v) Hak Pekerja seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 mesti disertakan dalam klausa tender & diwajibkan untuk memastikan hak pekerja terjamin.

vi) Reformasi selepas Pemberian Tender
a) Bentuk jawatankuasa audit yang terdiri daripada NGO & Kesatuan Buruh untuk audit prestasi kontraktor, untuk pastikan tender tidak diberi kepada syarikat yang tidak layak & mencurigakan.

Kami akan mengutarakan hasil kajian & cadangan pembaharuan kepada ahli-ahli parlimen, kementerian- kementerian berkenaan termasuk Sumber Manusia & Kewangan, dan juga pihak SPRM untuk siasatan lanjut.

Tandatangani petisyen kami di https://jpkk.org/hapuskan-sistem-kontrak/

Related

𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

Persembahan teater Si Sebalik Tirai Kontrak telah berlangsung di Perak pada 16 November 2024 iaitu pada Malam Salam Perjuangan yang telah dianjurkan oleh PSM. Kami akan datang ke tempat anda dalam masa terdekat untuk persembahan teater ini. Nantikan kami! Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen inihttps://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar […]

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀!

https://forms.gle/LoBJiGYMuguQfvZj6 Saudara dan saudari,Kami sedang menjalankan satu kaji selidik mengenai gaji minima.Tujuan survey ini dijalankan adalah untuk melihat keadaan pekerja dan pendapat dalam hal gaji minimum.Kami meminta pertolongan anda untuk isi kaji selidik ini untuk mendapatkan pandangan anda.Terima kasih.https://forms.gle/LoBJiGYMuguQfvZj6 Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen inihttps://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.Daftar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!