“MAAF…KONTRAK TAMAT”- Perjuangan Frontliner Terabai Lawan Sistem Kontrak – Tuntut Jaminan Kerja

“MAAF…KONTRAK TAMAT”- Perjuangan Frontliner Terabai Lawan Sistem Kontrak – Tuntut Jaminan Kerja
https://youtu.be/8jfukPcFa5g

Selain doktor, ‘Cleaner’ & ‘Guard’ juga membanting tulang membersihkan premis & menjaga SOP pengguna premis kerajaan. Malangnya, mereka juga ditindas oleh sistem kontrak yang menafikan hak asas berdasarkan undang-undang buruh Negara.

Sebuah dokumentari tentang perjuangan 3 pekerja kebersihan & keselamatan yang sudah berdekad bekerja dibawah penindasan sistem kontrak.

Tuntutan jaminan kerja itu dibangkitkan berikutan pelbagai masalah yang dihadapi pekerja sektor ini, seperti gaji lambat, dibawah gaji minima, atau tidak dibayar langsung, tidak dicarum KWSP & PERKESO, dinafikan cuti tahunan, dan isu jaminan kerja. Pekerja juga tidak diberi topeng muka & sarung tangan. Ini semua masih berlaku sedangkan mereka adalah pekerja barisan hadapan semasa pandemik.

Sebelum penswastaan khidmat sokongan, pekerja sektor-sektor ini menikmati jaminan kerja, kenaikkan gaji tahunan yang setimpal dengan tempoh khidmat bekerja, cuti tahunan, elaun-elaun tambahan, dan juga pencen. Tetapi sejak penswastaan pada 1997, status mereka akan diperbaharui dibawah kontraktor baru setiap 2-5 tahun, menghalang kenaikkan gaji & cuti tahunan mereka. Ramai pekerja sudah bekerja berdekad di satu sekolah tetapi gaji mereka sama dengan pekerja baru. Pencen juga hanya harapkan KWSP.

Sistem kontrak ini juga melanggar undang-undang buruh negara. Hanya pekerjaan yang sementara, spesifik & bermusim sahaja yang dibolehkan untuk upah pekerja ikut kontrak ( rujuk Akta Kerja 1955, Seksyen 11). Tetapi kerja pembersihan & keselamatan adalah kerja yang tetap diperlukan selagi bangunan kerajaan itu wujud, dan bukan nya seperti kerja mengecat dinding atau kerja pembinaan yang sementara sahaja.

PEKERJA TUNTUT 3 PERUBAHAN:
1. Hapus Sistem Kontrak
2. Hapus Budaya Kroni
3. Kurangkan Pembaziran, Cekapkan Pentadbiran

Tandatangani petisyen kempen di: https://www.change.org/…/demanding-permanent-employment

Jika pekerja ada masalah di tempat kerja, sila hubungi hotline kami (SiAP – 011-10767989)

Hasil kajian boleh didapati di jpkk.org/penyelidikan

Video ini dihasilkan bersama FreedomFilmFest

Related

Peringatan tentang JPKK!

Ianya penting untuk anda memahami matlamat kami. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA https://www.facebook.com/reel/1773921923051746

Diskusi Meja Bulat: Dilema Gaji Progresif?

Sekilas tentang diskusi meja bulat yang bertema 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 yang dianjurkan oleh 𝐉𝐏𝐊𝐊 bersama dengan Asia Europe Institute (𝐀𝐈𝐄), Universiti Malaya pada 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak iaitu wakil Kementerian Ekonomi, International Labour Organization (ILO), Uni Malaysia Labor Centre (Uni-MLC), Labor Law Reform Coalition (LLRC), Malaysia Employer Federation (MEF) dan pakar-pakar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!