LAWATAN JARINGAN PEKERJA KONTRAK KERAJAAN (JPKK) & KESATUAN PEKERJA SWASTA HOSPITAL KERAJAAN (PSHK) KE PEJABAT UNI-MLC MEMBUKA LEMBARAN BARU

Hari ini satu perjumpaan mesra telah diadakan oleh JPKK & Kesatuan PSHK yang berjumpa dengan Dato Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) untuk membincangkan kerjasama bersama dan bagaimana memperkasakan hak dan perjuangan pekerja.
Dato Mohd Shafie telah memberikan sokongan yang amat memberangsangkan kerana beliau memang tahu masalah yang dihadapi oleh pekerja dalam sistem sokongan pembersihan & keselamatan bangunan kerajaan.
Dalam perbincangan juga, Permohonan Kesatuan PSHK sebagai salah satu kesatuan dibawah gabungan UNI-MLC juga telah diterima secara bulat. UNI-MLC juga mengatakan akan memberikan sokongan kepada JPKK dalam isu membantu pendaftaran JPKK dan juga membantu dalam mengendalikan kes-kes Pekerja.
Selain itu beberapa isu pekerja di Negara juga dibincnag dimana UNI-MLC juga pernah menghadiri program gabungan Marhaen dan merupakan sebahagian daripada rangkaian Organisasi dalam memperjuangkan nasib rakyat pekerja dan rakyat tertindas di Negara ini
Delegasi JPKK dalam mesyuarat ini diketuai oleh Sivaranjani Manickam, S Arutchelvan, V Selvam, Danial Hakeem.
Mesyuarat hari ini membuka satu lembaran baru dalam kerjasama yang sudah pastinya akan membantu membina kekuatan kelas pekerja di negara kita.