Bebaskan 8 orang yang ditangkap kerana isu pengusiran paksa di Chepor Impian!
BEBASKAN 8 ORANG YANG DITANGKAP KERANA ISU PENGUSIRAN PAKSA DI CHEPOR IMPIAN!
Dalam pukul 530pm tadi, sekali lagi polis kini telah menahan 4 orang Petani dari Chepor Impian dan 2 orang lagi Aktivis PSM selepas mereka membuat aduan polis tentang kejadian yang berlaku pada pagi tadi. Tengahari tadi, polis telahpun menahan 2 Aktivis PSM. Jumlah yang kini ditahan setakat ini adalah seramai 8 orang.
Kesemua 8 orang yang ditahan setakat ini adalah:
- Liew Kook Soon (Petani Chepor Impian)
- Liew Yu Lim(Petani Chepor Impian)
- Liew Yu Ming (Petani Chepor Impian)
- Liew Yu Tsong (Petani Chepor Impian)
- Agastin Mariasoosai (Aktivis PSM)
- Kesavan A/l Vijayan(Aktivis PSM)
- Nagenteran A/L Sandrsigran (Aktivis PSM)
- Kavitha A/P Munisamy (Aktivis PSM)
Mereka kini ditahan di IPD Ipoh dan sehingga sekarang mereka masih tidak diambil kenyataan 112! Ini adalah salahgua kuasa oleh polis. Pencerobohan yang berlaku pagi tadi adalah tidak sah dan Polis harus bertindak neutral dalam hal ini. Tindakan polis membantu satu pengusiran paksa tanpa perintah mahkamah adalah salahguna kuasa!
Hubungi OCPD (ACP) Yahaya Hassan di 019-762 0000
Sampel Mesej:
Kepada Tuan ACP Yahaya Hassan, saya …….. amat kecewa dengan tindakan PDRM IPD Ipoh yang telah menahan 8 orang kerana isu berkaitan dengan Kawasan pertanian Chepor Impian. Kemasukan pemaju ke tanah Petani Chepor Impian adalah tidak sah dan tanpa notis mahkamah.
Mohon Tuan ACP arahkan kesemua mereka dibebaskan dengan segera.
Perhatian Tuan ACP amat diharapkan.