Perjumpaan Biro Pekerja PSM bersama JPKK dengan Puan Suraiya dari Jabatan Tenaga Kerja.

Hari ini – Perjumpaan Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK dengan Pn Suraiya, Timbalan Pengarah Standard Pemburuhan Jabatan Tenaga Kerja.

Kita membangkitkan masalah penguatkuasaan di akar umbi. Kita beritahu banyak Syarikat tidak mematuhi undang2 dalam memberi kontrak kerja, slip gaji dll, JTK minta kita hantar nama2 Syarikat kepada JTK untuk disiasat. JTK juga kata akan cuba luaskan representasi untuk pekerja di Mahkamah Buruh, tak terhad kepada wakil kesatuan sahaja.

Mereka juga tekankan bahawa akses JTK kepada migran sentiasa terbuka. Kita juga boleh hubungi mereka sekiranya ada masalah pengendalian kes di mahkamah buruh.

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]