Sambutan Hari Pekerja bersama Gabungan Marhaen di Pasar Seni KL

JPKK sebagai sebahagian dari Gabungan Marhaen & Jawatankuasa Sambutan Hari Pekerja Mei 1 2022 meraikan hari keramat kaum buruh petang tadi, 23 April di perkarangan Pasar Seni KL.

Sejumlah 20+ orang ahli JPKK hadir dari Kedah, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Semenyih dan pelbagai tempat. Kami mengucapkan beribu tahniah kepada yang hadir walaupun penat dan panas di bulan Puasa.

Selain melaungkan tuntutan #HapusSistemKontrak , pekerja-pekerja dari sektor lain juga menyuarakan perjuangan & perkongsian kesusahan yang mereka hadapi. Antara nya adalah dari kumpulan peneroka bandar, petani, peladang, migran, peguam, mahasiswa, pekerja gig (ehailer), dan tukang kebun.

#HidupPekerja #HidupRakyat

Baca selanjutnya di: https://sosialis.net/…/aksi-sambutan-hari-pekerja-2022…/

Related

𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐑𝐌 𝟔𝟓𝟐𝟐𝟏.𝟑𝟑

Pegawai Tenaga Kerja Kanan Sungai Petani dalam Kes Saman Ketua Pengarah Tenaga Kerja telah memerintahkan majikan syarikat sekuriti untuk membayar kepada 6 bekas pengawal keselamatan sebanyak RM65,221.33 bagi tuntutan baki gaji minima, gaji kerja cuti am, gaji OT hari biasa & cuti am, gaji cuti tahunan dan elaun kerajinan. Di peringkat Mahkamah Buruh, kes telah […]

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!