Kordinator JPKK fail tuntutan gaji di JTK JB
Johor: Pagi tadi pukul 10 kordinator JPKK, saudara Aiman bersama 3 orang bekas pengawal keselamtan dari sekolah-sekolah sekitar Zon Skudai telah pergi ke Jabatan Tenaga Kerja JB untuk failkan tuntutan gaji tertunggak dan 1 bulan notis. Mereka telah dibuang kerja tanpa sebab munasabah oleh syarikat AllSafe Guards. Alasan PO mereka adalah tidak mahu pekerja bukan melayu. Keseluruhannya seramai 5 orang telah memfailkan kes dengan beberapa orang lagi masih belum bertindak. Tarikh berbincangan damai bersama majikan telah ditetapkan pada Januari 2023.
