Majikan menggunakan alamat syarikat lain?

MAJIKAN MENGGUNAKAN ALAMAT SYARIKAT LAIN?

Satu perjumpaan dalam talian telah dijalankan pada 12 Jun 2023 bersama seorang pekerja dari Pahang yang sedang menghadapi kesulitan dalam proses mengajukan aduan bagi tuntutan gaji minimum di Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Pekerja tersebut sebelum ini pernah mencuba untuk membuat tuntutan gaji minimum kepada majikannya, namun tiada respon selama setahun. Kini, apabila kes ini dibawa ke JTK, ianya menjadi rumit kerana majikannya tidak memberi alamat yang tepat malah menggunakan alamat syarikat yang lain. Pekerja tersebut diberi tunjuk ajar mengenai langkah seterusnya yang harus diambil.

#jabatantenagakerja#kementeriansumbermanusia

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]