Tabung Kes Perundangan Subramaniam

Pada hari Rabu lepas (11 Okt 2023), sebuah sidang akhbar diadakan berkenaan kes seorang pekerja Pengawal Keselamatan, Subramaniam yang telah diberhentikan kerja secara tidak sah oleh Kedutaan Amerika Syarikat. Selama 15 tahun, PSM bersama Subramaniam telah turun naik mahkamah dan berjuang untuk mendapatkan haknya semula. Mahkamah telah mengarahkan Kedutaan AS untuk membayar pampasan kepada Subramaniam tetapi Kedutaan AS ingkar dan berselindung di bawah Undang-Undang Imuniti.

Kini, kami memerlukan dana kewangan yang akan membantu Subramaniam untuk membiayai kos perundangan juga untuk melaksanakan sebuah kempen dalam mendesak Kedutaan AS ini.

Sebarang derma dan sumbangan bolehlah disalurkan melalui :

Public Bank

Nama Akaun : JPKK Communications

No. Akaun : 3232440525

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]