JPKK sedang menjalankan kaji selidik? Tentang apa?

𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊? 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐏𝐀?
JPKK kini terlibat dalam projek bagi menangani jurang dalam sistem perolehan kerajaan dan untuk membina suara pekerja.
Tujuan khusus kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan faedah kepada pekerja selepas penswastaan pembekalan khidmat pembersihan di sekolah-sekolah kerajaan dan mengenal pasti isu pencabulan hak asasi manusia dan hak pekerja yang dihadapi oleh pekerja di bawah kontraktor swasta.
Data kajian yang diperoleh melalui kaji selidik yang dilakukan di sekolah-sekolah kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia akan digunakan bagi memberikan gambaran yang kukuh mengenai situasi kerja pekerja kontrak di sekolah, memperkuatkan tuntutan JPKK kepada kerajaan dan mengenal pasti para pekerja yang boleh mengambil kepimpinan.
Sehingga hari ini lebih 30 buah sekolah telah dikaji selidik tentang keadaan pekerja oleh koordinator-koordinator JPKK di seluruh Semenanjung Malaysia. Syabas dan teruskan usaha anda!

Related

Diskusi Meja Bulat: Dilema Gaji Progresif?

Sekilas tentang diskusi meja bulat yang bertema 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 yang dianjurkan oleh 𝐉𝐏𝐊𝐊 bersama dengan Asia Europe Institute (𝐀𝐈𝐄), Universiti Malaya pada 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak iaitu wakil Kementerian Ekonomi, International Labour Organization (ILO), Uni Malaysia Labor Centre (Uni-MLC), Labor Law Reform Coalition (LLRC), Malaysia Employer Federation (MEF) dan pakar-pakar […]

MENANG TUNTUTAN!

Pada pagi 15 Februari, kes tuntutan di JTK Sungai Petani, Kedah telah mendapat kemenangan. Kes ini diwakili oleh koordinator JPKK Kedah Saudara Maznan Dsm Ilanan bersama Peguam Tuan Arafas. Perintah bayaran tuntutan keseluruhan adalah RM7350.50. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PengawalKeselamatan#pembersih#tukangcuci#PEKERJAKONTRAK#KEMENTERIANPELAJARANMALAYSIA#kementeriansumbermanusia

× Ada aduan? Hubungi SiAP!