Susulan kepada kes pekerja mencabar majikan
Mahkamah Buruh, Taiping telah mengeluarkan perintah pada 14 November, minta bekas kontraktor untuk membayar tunggakan Gaji Minima kepada 4 Pekerja Pembersihan dari Kolej Komuniti Bagan Serai, Perak.
Pekerja-pekerja tersebut telah mencabar bekas majikan mereka yang pernah mencarum KWSP untuk 5 pekerja termasuk suami pemilik syarikat pada beberapa bulan tertentu mengikut “Borang A”.
Bekas kontraktor itu, sebelum ini tidak mahu membayar gaji minima baru disebabkan penangguhan yang diberikan untuk syarikat yang mempunyai 4 pekerja dan ke bawah oleh KSM.
Bahagian 1: PEKERJA MENCABAR MAJIKAN
https://www.facebook.com/share/p/okNu7xkvNw3H7w46/?mibextid=qi2Omg