𝐊𝐄𝐒 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐀

Pada 11 Mac, kes tuntutan di JTK Sungai Petani, Kedah telah mendapat kemenangan! Kes ini adalah kes yang kedua untuk syarikat yang sama dituntut seperti kes yang pertama yang berlaku pada 15 Februari 2024. Kes ini diwakili oleh koordinator JPKK Kedah Saudara Maznan Dsm Ilanan bersama Peguam Tuan Arafas daripada PSM.

Perintah bayaran tuntutan keseluruhan adalah sebanyak RM5049.14 untuk baki gaji minimum, gaji lebih masa pada hari biasa, gaji kerja pada cuti am dan gaji kerja lebih masa pada cuti am.

Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak.
Daftar diri anda di:
https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA

Related

KAMI MEMBANTU ANDA!

Pada 23/8/23 jam 6.00 pm, saudara Dsm Ilanan telah mengadakan satu pertemuan bersama bekas-bekas pekerja sekuriti di Hospital Sungai Petani untuk semakan dokumen kali terakhir sebelum memfailkan tuntutan PGM 22 dan pengiraan gaji dari tahun 2021 sehingga awal tahun 2023. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA #jaringanpekerjakontrakkerajaan#JaminanKerjaHakSemua#PengawalKeselamatan#pembersih#PEKERJAKONTRAK#kementeriankesihatanmalaysia#kementeriansumbermanusia#jabatantenagakerja

× Ada aduan? Hubungi SiAP!