𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀
Pekerja kontrak seperti pembersih, tukang kebun dan pengawal keselamatan di bangunan kerajaan telah lama menyumbang kepada negara. Namun, di bawah sistem kontrak, mereka:
Tiada jaminan kerja walau sudah berkhidmat bertahun-tahun
Gaji rendah dan tidak seragam
Tiada cuti bergaji penuh atau perlindungan mencukupi
Sering bertukar majikan dan terdedah kepada eksploitasi
Sistem ini tidak adil dan tidak menghargai jasa mereka. Kami mahu kerajaan serap mereka sebagai pekerja tetap, dengan hak dan maruah yang sewajarnya.
Kami perlukan 4,000 tandatangan lagi untuk teruskan desakan ini dan dengan sokongan anda, kita boleh capai angka itu!
Tandatangan petisyen hari ini.
Anda boleh imbas kod QR atau klik link ini:
https://chng.it/ykq2b8WKKG


