Hapuskan Sistem Kontrak!
Tahun 2020 membawa satu impak besar dalam kehidupan pekerja di seluruh dunia, ia membuka mata kita tentang kepentingan pekerja barisan hadapan (frontliner) di masa wabak COVID-19 ini. Tetapi, ramai juga lupa bahawa pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di hospital, sekolah dan lain-lain premis Kerajaan Persekutuan Malaysia juga merupakan pekerja frontliner dan mereka sudah dilupa oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga tidak diiktiraf pengorbanan mereka.
Kami mendesak Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk:
1) Serap pekerja-pekerja kontrak di premis Kerajaan seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekerja sebagai pekerja tetap di Kerajaan,
2) Hapuskan kronisma dan orang tengah (kontraktor),
3) Kurangkan pembaziran dan cekapkan pentadbiran.
#HapusSistemKontrak #AbolishContractSystem #JaminanKerjaHakSemua