Kesatuan Kecewa Dengan Kenyataan Datuk Seri Mohd Redzuan Yang Menafikan Pengorbaan Pekerja Cleaner Di Hospital Kerajaan

Kesatuan amat kecewa dengan kenyataan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang menafikan pengorbaan pekerja cleaner di hospital kerajaan. Dalam sidang Dewan Rakyat (30 Nov), Mohd Redzuan menyatakan bahawa bayaran one-off RM300 ini hanya untuk “orang yang lebih tinggi risikonya” seperti para petugas yang berurus dengan gologan tinggi risiko atau pesakit.

Kesatuan ingin menekankan bahawa:

1. Pekerja Cleaner di hospital kerajaan juga bekerja di hospital-hospital Covid-19 dan wad covid 19. Mereka menjalankan tugasnya bersama dengan petugas-petugas yang lain. Pekerja cleaner yang cuci, bersihkan wad-wad covid19 dan juga ada “direct contact” dengan pesakit-pesakit di wad tersebut. Maka risiko yang dihadapi oleh Pekerja cleaner sama dengan petugas-petugas di wad covid19.

2. Ini adalah kali kedua, pekerja cleaner tidak dapat elaun/bayaran dari kerajaan kepada frontliner. Pada bulan March, Kerajaan telah mengumumkan elaun khas RM600 kepada frontliner, tetapi pekerja cleaner tidak diiktiraf sebagai frontliner, maka mereka tidak dapat elaun khas ini. Dalam belanjawan 2021, sekali lagi pekerja cleaner tidak dapat bayaran one-off RM300. Ini amat tidak munasabah, dan tidak hargai jasa pekerja cleaner.

3. Merujuk kepada Mohd Redzuan, para petugas bawah MKN seperti tentara, polis, kastam, imigresen dan RELA, juga dapat bayaran one-off ini . Pekerja cleaner yang juga mengorbankan keselamatan mereka juga berhak dapat elaun dan bayaran ini.

4. Kesatuan ingin menegaskan bahawa pekerja Cleaner juga frontliner yang penting dalam usaha menghentikan wabak covid 19. Justeru, hargai jasa pekerja cleaner, berikan semua elaun khas yang didapati oleh frontliner kepada pekerja cleaner juga.

#CleanerJugaFrontliner

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!