Mesyuarat Peringkat Negeri Selangor oleh Kordinator JPKK Selangor

Hari ini JPKK telah mengadakan mesyuarat peringkat negeri Selangor di Balai Raya Taman Kooperasi Cuepacs, Kajang. Mesyuarat dikendalikan oleh kordinator JPKK Selangor, saudara Letchumanan, dan sahabat-sahabaf seperjuangan nya yang lain.

Sejumlah 16 orang pekerja telah hadir bagi mengadu masalah dan isu yang dihadapi mereka sebagai pekerja kontrak di sektor kerajaan. Kelompok pekerja-pekerja yang hadir berasal dari Klang, Usj, dan Kajang.

4 orang pekerja telah dipilih sebagai wakil pekerja dalam mesyuarat bersama Kementerian Pendidikan yang dicadang pada bulan November nanti. Mereka adalah Bawani, Goh Sie Foong, Dayalan, dan Norma.

JPKK bercadang untuk mengadakan satu lagi mesyuarat peringkat negeri Selangor bagi memastikan suara pekerja di seluruh pelusuk Selangor dapat didengari.

Mesyuarat dikendalikan oleh kordinator JPKK Selangor, saudara Letchumanan, dan sahabat-sahabat seperjuangan nya yang lain iaitu saudari Selvi dan saudara Selvarajah. Letchumanan oleh dihubungi di talian hotline 012-3597966. Staf JPKK HQ (Danial) yang berpusat di Petaling Jaya juga boleh terus dihubungi di talian 011-10907989

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]