Mesyuarat dengan Dr Dzulkefly Ahmad tentang penindasan semasa COVID-19

JPKK dan Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan baru jumpa Dr Dzulkefly Ahmad , bekas menteri KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA , yang juga merupakan ketua Selangor Task Force Covid 19 .

Tujuan perjumpaan adalah untuk membangkitkan isu cleaner & pengawal keselamatan hospital & sekolah yang ditindas sistem kontrak semasa COVID 19. Mereka diasak dengan gaji minima yang selalu dipotong tidak sah, KWSP & PERKESO tidak dicarum, cuti tahunan tiada, tiada kenaikkan gaji tahunan, mask & glove tidak cukup, penambahan beban kerja.

Proses perolehan tender yang tidak telus juga dibangkitkan oleh Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan . Ini untuk perhatian Dr Dzulkefly bagi menaikkan isu ini di jawatankuasa manifesto pilihanraya pembangkang, untuk serap pekerja-pekerja ini sebagai pekerja tetap. Kami juga meminta tolong agar beliau menghubungkan kami dengan menteri kesihatan yang sekarang Dr Adham Baba , supaya sama-sama dapat kita bincang cara atasi kelemahan sistem kontrak yang serba menindas bekerja B40 ini.

#HapusSistemKontrak
#CleanerJugaFrontliner
#JaminanKerjaHakSemua

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!