Mesyuarat dengan CUEPACS tentang isu pekerja kebersihan dan keselamatan

JPKK dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam CUEPACS baru habis bermesyuarat membincangkan gerak kerja bersama dalam usaha kami membangkitkan isu pekerja kebersihan & keselamatan premis kerajaan.

CUEPACS amat prihatin dan jelas dengan isu pekerja kebersihan & keselamatan bangunan kerajaan, yang berhadapan dengan penindasan dari pihak kontraktor dan kerajaan yang lepas tangan. Kerjasama dari CUEPACS yang mewakili pekerja kerajaan seperti guru-guru & pegawai adalah amat dialu-alukan.

Kami berharap agar hubungan ini dapat ditambah-baik lagi supaya perjuangan pekerja kebersihan & keselamatan sekolah terus disepadukan dibawah satu bumbung yang sama, iaitu sebagai pekerja premis kerajaan yang tetap, digajikan secara terus, tanpa keperluan untuk dikendalikan oleh pihak berantara seperti kontraktor, sepertimana yang dinikmati oleh pekerja premis kerajaan yang lain.

#HapusSistemKontrak
#JaminanKerjaHakSemua
#CleanerJugaFrontliner

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]