Pekerja pembersihan tidak dibayar gaji selama 3 bulan!

04-03-2022, Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya –
Seramai 6 wakil yang mewakili pekerja pembersihan di 19 buah sekolah sekitar Sabak Bernam, Selangor bersama-sama dengan 2 wakil Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan mesyuarat dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM).

Mesyuarat ini adalah berikutan daripada perhimpunan aman yang diadakan pada 18-02-2022 di depan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam yang disertai oleh lebih kurang 100 pekerja. Pekerja berkumpul di PPD untuk mendapatkan pembelaan terhadap masalah mereka iaitu tidak dibayar gaji selama 3 bulan dari bulan November 2021 sehingga bulan Januari 2022. Pekerja terpaksa membawa masalah ini kepada PPD kerana mereka tidak mampu lagi besabar dengan janji-janji kosong yang diberi oleh majikan mereka, Syarikat AS Rezeki Resources dan Panggilan Efektif Enterprises dan gaji masih tidak dibayar sehingga ke hari ini.

Malah, mesyuarat dengan KPM juga tidak dapat menyelesaikan masalah pekerja secara terperinci dan hanya mengharapkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Selangor untuk mempercepatkan proses tuntutan bagi tunggakan gaji 3 bulan pekerja. KPM juga tidak memberikan tempoh yang jelas untuk selesaikan masalah pekerja ini.

Tuntutan pekerja-pekerja dan JPKK adalah bayar tunggakan gaji selama 4 bulan sehingga dari bulan November 2021 sehingga bulan Februari 2022 dengan kadar segera serta senaraihitamkan syarikat kontraktor yang melanggari undang-undang buruh dan yang gagal menjaga kebajikan pekerja-pekerja. Ini adalah untuk mengelakkan masalah-masalah sebegini berlaku yang merumitkan dan menyukarkan kehidupan pekerja.

Rantaian sistem kontrak menenggelamkan dan menghilangkan kesemua hak pekerja yang menyebabkan pekerja hilang saluran untuk membuat aduan bagi mempertahankan hak mereka. Kesemua pihak yang terlibat dalam rantaian ini enggan mengambil tanggungjawab untuk menjaga hak dan kebajikan pekerja. Adalah sangat jelas sistem kontrak ini memangsakan pekerja dan merumitkan lagi keadaan mereka.

Sejak tahun 2016, JPKK tekad dengan tuntutan utamanya iaitu HAPUSKAN SISTEM KONTRAK DI PREMIS KERAJAAN SEPERTI SEKOLAH DAN HOSPITAL untuk menghalang berlakunya ketidakadilan terhadap pekerja secara berterusan. Perjuangan kelas pekerja ini akan tetap berterusan sehingga pekerja mendapat keadilan dan tidak menjadi mangsa kepada sistem yang menguntungkan kroni-kroni besar.

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]