Sambutan Hari Pekerja bersama Gabungan Marhaen di Pasar Seni KL

JPKK sebagai sebahagian dari Gabungan Marhaen & Jawatankuasa Sambutan Hari Pekerja Mei 1 2022 meraikan hari keramat kaum buruh petang tadi, 23 April di perkarangan Pasar Seni KL.

Sejumlah 20+ orang ahli JPKK hadir dari Kedah, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Semenyih dan pelbagai tempat. Kami mengucapkan beribu tahniah kepada yang hadir walaupun penat dan panas di bulan Puasa.

Selain melaungkan tuntutan #HapusSistemKontrak , pekerja-pekerja dari sektor lain juga menyuarakan perjuangan & perkongsian kesusahan yang mereka hadapi. Antara nya adalah dari kumpulan peneroka bandar, petani, peladang, migran, peguam, mahasiswa, pekerja gig (ehailer), dan tukang kebun.

#HidupPekerja #HidupRakyat

Baca selanjutnya di: https://sosialis.net/…/aksi-sambutan-hari-pekerja-2022…/

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]